Kipas Susah Mati

Tuesday, December 20, 2011

Ayam Masak Kicap

assalamualaikum..

bismillahirrahmanirrahim..
nie 1st entry aku pasal resipi makanan.. (igt hang terror masak ke????)
ahhhh.. lantok leee..
ayam masak kicap nie husband aku suke makan..

7-8 ketul ayam (goreng terlebih dahulu)
4 biji bawang merah 
4 biji bawang putih 
seketul kecik halia
1 biji bawang besar (potong bulat)
cili kering yang dah direbus & dikisar (cili boh)
kicap secukup rasa
serbuk lada hitam
4 biji ubi kentang (digoreng terlebih dahulu)
minyak masak

cara-caranya pam parammmm :

1. tumbuk bahan2 yang tulisan kaler merah tue..

2. panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan2 tulisan kaler merah..

3. masukkan sesudu cili kering yang telahpun dikisar..
tunggu sampai pecah minyak.. 

4. masukkan 2 sudu serbuk lada hitam..

5. pastu bubuh kicap.. agak2 dalam 3 sudu..
(aku x pakai sudu, aku tonggang drpd botol kicap)

6. kacau2 pastu masukkan ayam dan kentang..

7. masukkan bawang besar sebagai hiasan..
(ingat aku makan ke bawang dengan cili??)

SIAP!


Selamat Mencuba.. huahuahua!

No comments: